anjing yang tamak

 Anjing berasa bangga kerana telah mendapat seketul tulang yang besar dari pasar. Ia menggonggong tulang itu sambil berlari ke tempat yang selamat untuk memakan tulang itu.

Anjing sampai ke sebatang anak sungai yang jernih airnya. Ia mula berjalan untuk menyeberangi sungai itu. Ia berjalan perlahan-lahan untuk menghabiskan masanya sebelum memakan tulang yang sedap itu.

Tiba-tiba, anjing berhenti lalu melihat ke dalam air sungai. Ia melihat anjing lain yang memandang kepada dirinya dan menggonggong tulang juga! Ia tidak sedar itu adalah bayangnya.

Anjing berfikir, "Tulang kepunyaan anjing itu kelihatan lebih besar daripada tulang kepunyaan aku. Aku akan rampas tulangnya dan bawa lari dengan pantas!" Ketika ia membuka mulutnya untuk menarik tulang itu, tulang di dalam mulutnya terjatuh ke dalam anak sungai. Tulang itu tenggelam dan ia tergamam.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

kancil dan buaya

kolibri dan bangau

kisah semut dan kepompong